Wednesday 29 January 2014

Perbezaan Lot Bumiputera dengan Tanah Rizab Melayu

Saya rasa ramai orang Melayu tidak berapa minat dalam bidang hartanah walaupun kita semua akan memiliki atau menyewa sebuah rumah. Jadi post ini akan menerangkan perbezaan antara Lot Bumi dan Tanah Rizab Melayu (TRM).

Lot Bumi
Disebabkan zaman dahulu, ramai bumiputera tidak memiliki rumah di bandar. Apabila sebuah kawasan sedang membangun, seorang bumiputera akan menjual tanahnya dan terus berhijrah ke kampung. Untuk mengekalkan bumiputera di kawasan bandar, kerajaan telah melaksanakan polisi ini agar sebahagian atau biasanya 30% unit rumah yang dibina oleh pemaju perlu menjadi lot bumiputera dan perlu mempunyai diskaun biasanya 7% bagi pembeli.

Jika seorang individu memiliki sebuah lot bumi, maka dia cuma boleh jual kepada bumiputera lain sahaja, jikalau tiada pembeli bumi maka boleh dijual kepada bukan bumi tetapi ia perlu mendapat persetujuan oleh kerajaan negeri (polisi berbeza mengikut kerajaan negeri).

Tanah Rizab Melayu (TRM)
Semasa zaman British dahulu,banyak syarikat perlombongan dan pertanian British dan Cina membeli tanah di Tanah Melayu sehingga orang Melayu semakin terpinggir. Sehubung dengan itu,kerajaan British memperkenalkan Enakmen Rizab Melayu pada tahun 1913 bertujuan untuk menjamin tanah milik Melayu tidak jatuh ke tangan bukan Melayu. Dalam kata lain, TRM merupakan satu kawasan dimana cuma orang Melayu sahaja boleh menjual beli hartanah di sana, pemilik Melayu tidak boleh menjual beli dengan bukan Melayu.Disebabkan cuma Melayu sahaja boleh memiliki hartanah, maka infrastruktur di kawasan TRM kurang maju kerana nilainya kurang tinggi berbanding kawasan ‘freehold’.

No comments:

Post a Comment